Friday, June 27, 2014

Job !

Assalamualaikum bloggerssssss semua.
Harini nak story pasal kerja pulak. Zaman sekarang ni boleh tahan jugak susah nak dapat kerja. Bila dah jumpe tak kena pulak dengan apa yang kita ada. Tapi rezeki masing-masing siapa tahu kan. 

Alhamdulillah, lepas je habis belajar bulan 4 haritu pusing-pusing cari kerja berdekatan dengan rumah kakak. Alhamdulillah lagi, banyak kerja kosong dan kebanyakkan admin/clerk. Memandangkan diri ni tak pernah ada pengalaman bekerja mana-mana cuba je lah mana yang jumpa. Dan Alhamdulillah, dapat lah kerja jadi ' sales admin clerk' . Gaji ok, dekat dengan rumah pun ye. 


So far, bukanlah susah sangat kerja sbagai admin nie. Mampu lagi untuk diterima. Kepada siapa-siapa yang dekat luar tu, kalau dah dapat kerja buat lah betul-betul. Terima je sementara nie tak kira lab gaji kurang memuaskan ke ape. Yang penting cari pengalaman banyak-banyak ok?

Bila kita memilih sangat nanti kita jugak yang susah. Dah jadi penganggur terhormat pulak kan. 

I love my job now! 

Monday, June 9, 2014

Korean food #1

Assalamualaikum. 
Annyeonghaseyo.

Last month, first time try korean food at Dubu - dubu, Berjaya Times Square, KL. 

Spicy toppokki . 

Nice, delicious but to spicy. 



Saturday, March 22, 2014

Birthday girl

Assalamualaikum readerssss ! Hehe
Semua sihat tak? Now, admin dalam mood final exam. Sementara tak ade buat apa2 nie nak lah updated blod yang tak berapa nak active nie.

Birthday girl? Siapa punya birthday nie? Admin ke? Siapa yang kenal admin, confirm2 tahu bila birthday admin. Lambat lagi lahhh! Nak prepared hadiah awal-awal boleh. Hehe

Act, birthday girl yang admin maksudkan anak buah admin lahh. First year birthday untuk dia. Baru umur setahun lah katekan. Hai rindu pulak dekat si kecik nie. Okay okay back to the topic.

Admin cuma nak share service-service yang admin guna untuk birthday party nie. Mula-mula macam was-was sikit sebabnya tak pernah lagi nak guna khidmat-khidmat orang untuk party2 nie. Tapi bila dah nampak service depan mata. Terus suka! Yeayy nampak tak kat situ yang service diaorang nie best. Owner dia pun baikkk.

Hello kitty theme candy buffet by kak zaireen. Suka dengan akak nie. Cantik, baik lagi. Lagi suka tengok hasil kerja dia. Superb lahh ! 

Kalau ada siapa-siapa yang nak guna khidmat dia boleh contact through facebook, candy lover : candy buffet by zaireen ariffin

Dann, nampak tak kek yang comel tu. Yang tu pulak chocolate indulgence. Sedapppp okay! Kalau nak cuba boleh tanya akak arifah nie. Tak ingat lah dekat facebook ade ke tak tapi boleh follow dia dekat instagram : @arifahhotoven

Selain kek, dia ade jual macam2 lagi tauu..
 

Last but not least, tu je yang admin ada gambar anak buah admin.asyik meragam je. 

Nampak ade tiga nama kat atas kek tu. Haha
Sambut untuk 3orang sekali. Abang admin(22) 3.3, anak buah admin (1) 6.3 dan abang ipar admin 9.3 . That's why lah sambut 3orang teus. Senang kan.


Then,
annyeong !

Monday, December 16, 2013

Review : Miracle Tab.

Assalamualaikum :))
Harini nak buat review lagi boleh tak?? dah tak ada idea sangat nak updated sebenarnya. hihi tak adalah. sebenarnya niat cuma nak share dengan orang lain produk apa yang saya guna dan nak bagi orang lain cuba pulak tanpa rasa takut kan.

Mesti ramai yang tertanya-tanya apa tu Miracle Tab kan. agak-agak korang apa tu. ok straight to the point lah kan, Miracle Tab nie adalah produk kecantikan dari korea. saya boleh jamin lepas je korang guna produk ni, mesti korang akan terus guna. percayalah :)

Even saya sendiri pun pernah cuba guna Miracke Tab nie, tapi sekrang dah stop dlu sebab tak mampu, heee.. Harga dia boleh tahan lah tapi tahan sebulan lebih. Jimat kan?tak payah asyik nak beli aje. 

Ok dah. Miracle tab nie dari bahan organik, memang bagus lah kan. Lepas je saya cuba in a few time, then bagi BF cuba sebab dia ada masalah jerawat yang serius jugak lah. Then lepas beberapa bulan pakai, serius terkejut sangat2. Muka BF saya dah tak ada jerawat lagi, bekas2 jerawat pun dah kurang. Impressive kan? Yang paling membanggakan, BF introduce kan dekat his mom pulak. Tapi memang tugas saya lah tolong belikan semua. So far, tak ada apa2 kesan sampingan pun dekat his mom. 

Kepada siapa2 yang first time guna, setengah kulit akan rasa pedih sikit n gatal. Itu biasa, jangan risau tak akan ada kesan sampingan malah korang akan suka dengan product nie. Trust me ! Jangan ragu-ragu. Hasil dia superb!Tak menyesal guna
ini lah dia product tu. Yang macam air2 tu, high definition toner. Function dia lebih kurang ala2 SKII. Tak percaya tak ape :). Yang sebelah tu pulak miracle tab soap, dari bahan organik. Awesome sangatttt

See ? Ada macam2 jenis miracle tab nie. Tapi yang atas nie semua packaging lama. Yabg baru macam atas tadi. 

So, if ade rasa intetest nak cuba product nie voleh je search kat google online-online shop yang jual. Nak recommend,yang selalu kita beli dekat online shop tu dia dah tak jual. 


Then,
annyeong !

Rindu

Assalamualaikum bloggers semua..
Actually, entry kali tak ada apa yang special pun. Cuma tiba-tiba rasa macam nak taip something yang terlintas kat fikiran nie.

Ira sendiri tak tahu nak mulakan macam mana tapi teruskan je lah..
Korang mesti pernah rasa teramat rindu dekat parents korang kan lagi-lagi yang duduk jauh dari family especially yang futher study or something. Samalah macam apa yang ira rasa sekarang nie. Setiap kali ingat dekat parents, airmata tak pernah lupe jalankan tanggungjawab dia untuk mengalir, confirm!

Walaupun sekarang dah masuk last semester ira futher study tapi rasa tak nak berjauhan walaupun seminit tu still ada. Sebabnya ira tak penah berenggang dengan dia since dari tadika sampai lah ke sekolah menengah. Bila lepas balik sekolah je, petang-petang tolong parents berniaga pulak. Tak pernah skip dari tolong dieorang dan dari situ lah ira tahu macam mana susahnya diaorang cari rezeki untuk adik beradik dan amhamdulillah, dengan berkat diaorang jugak lah ira dapat sambung belajar walaupun keputusan tak lah cemerlang mana. Sampai lah bila ira dapat sambung belajar dekat kolej swasta under UiTM, jadik lah dari tak dapat memana kan. First, bila diaorang hantar masa daftar tu ira ingat lagi rasa sedih sangat-sangat. 

Then, bila sampai masa diaorang balik, masa salam parents nak menitik air mata nie. Tapi cuba tahan kan tak nak menangis depan diaorang. Second, setiap kali naik semester yang baru parents yang akan hantar balik kolej sebab ira suka bawak barang banyak-banyak terus senang tak payah nak keluar-keluar lagi beli barang, kan ? macam biasa lah, lepas siap-siap hantar barang semua parents tak suka tunggu lama-lama kat kolej sebab perjalanan kolej ke rumah ira dekat perak jauh dan diaorang tan nak sampai malam-malam. It's okay lah.

Nak dipendekkan cerita, setiap kali ira terpaksa berjauhan dengan parents, setiap kali tu jugak lah buat ira nak menangis ! ada masanya bila teringat sikit dekat parents, masa tu jagak lah nak menangis. tu lah dia.


buah hati pengarang jantung ira. 
Tapi ira tak pernah nak luangkan dekat parents. Segan :(
Mak & Abah, ira rindu .